fbpx

Shila kena ‘serang’, nama Amy, Awie, Ella kena ‘petik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA Amy Search, Awie dan Ella antara yang disebut0sebut merujuk pendedahan Shila Amzah yang kononnya diserang seorang penyanyi legenda sewaktu latihan sebuah konsert semalam.

PETALING JAYA – Selepas kononnya ‘diserang’ selebriti bertaraf egenda sewaktu latihan konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr. DIY, pendedahan penyanyi Shila Amzah mengundang ribut teka-teki dalam kalangan netizen aoabila beberapa nama artis terlibat dalam acara sama mula menjadi sebutan netizen.

Antara yang ‘dipetik’ netizen adakah Datuk Amy Search, Datuk Awie dan Ella memandangkan nama-nama besar itu turut membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam ini.

“Adakah Amy, Awie atau Ella, cepatlah nak tahu!

“Tak mungkinlah artis-artis hebat itu akan ‘serang’ Shila. Ada kejadian tumbuk-menumbuk atau tarik rambut ke?

“Artis legenda? Industri ini kecil sahaja, siapa ya?” soal netizen penuh tanda tanya.

Namun, tidak kurang juga ada yang berpendapat kejadian tersebut sekadar cara penyanyi yang terlibat mempromosikan konsert tersebut.

“Ini semua ‘marketing’ konsert agaknya, nak tarik ramai orang datang.

“Gimik untuk konsertlah, supaya ada isu,” komen pengguna media sosial.

Shila pula hari ini dalam satu hantaran Instagram memberitahu mengalami sakit kepala melampau.

“Bangun pagi dengan sakit kepala melampau.

“Saya tak tahu bagaimana untuk bertahan hari ini,” katanya.

Semalam, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mendakwa ‘diserang’ seorang artis legenda sehingga membuatkan dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety.

Sementara pengurusnya yang dikebali sebagai Aini pula memberitahu pihak mereka sudah membuat laporan polis semalam.

Selain Ella, Amy dan Awie, konsert tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI