fbpx

Deejay seronok tayang duit atas katil 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nathalie menayangkan wang kertas yang diterima selepas membuat persembahan di sebuah kelab malam. - Instagram

JAKARTA – Seorang deejay terkenal dari Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana menayangkan sejumlah wang kertas di atas katil, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Wanita itu dikenali sebagai Nathalie Holscher dan berasal dari Jakarta. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @nathalieholscher memaparkan wang kertas bernominasi 50,000 rupiah (RM14) dan 100,000 rupiah (RM27) yang diletakkan di atas katil. 

Menurut Nathalie, wang tersebut merupakan hasil menjadi deejay di sebuah kelab malam di Palangkaraya dekat wilayah Kalimantan Tengah. 

Dia juga berkata hatinya ‘cair’ selepas menerima wang sebanyak itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bagaimana rasa tidur bertilamkan duit?” kata seorang netizen. 

“Bila saya nak kaya seperti dia?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI