fbpx

Peneroka Yahudi adakan majlis perkahwinan di Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berjalan di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis pada 28 Mac lalu. - AFP

BAITULMUQADDIS – Pihak berkuasa Israel membenarkan majlis perkahwinan peneroka haram Yahudi diadakan di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis Timur semalam, lapor akhbar Arab News.

Pentadbiran Baitulmuqaddis milik Pihak Berkuasa Palestin menyifatkan tindakan itu sebagai provokatif dan memalukan.

Katanya, langkah tersebut adalah usaha untuk mentransformasikan Masjid Al-Aqsa kepada apa yang menyerupai dewan orang ramai untuk perayaan pelampau Yahudi.

“Ini adalah pencabulan terang-terangan ke atas kesucian masjid, provokasi serius terhadap perasaan umat Islam dan percubaan sengaja untuk mengenakan realiti baharu yang memadamkan identiti Islam Masjid Al-Aqsa,” kata pihak berkuasa tersebut.

Semalam, peneroka Yahudi dengan diiringi polis Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa. 

Polis menghalang rakyat Palestin daripada mendekati mereka untuk mengganggu majlis itu, lapor agensi berita WAFA.

Tambah Pentadbiran Baitulmuqaddis, dasar Israel itu bertujuan untuk merampas kedaulatan ke atas Masjid Al-Aqsa.

Ia menekankan bahawa provokasi berulang itu bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 2016, yang mengiktiraf Masjid Al-Aqsa sebagai tapak warisan Islam dan menyeru pemeliharaannya. 

Sejak 1967, Majlis Wakaf Baitulmuqaddis yang beroperasi di bawah Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, menjadi pihak berkuasa undang-undang yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal Masjid Al-Aqsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI