fbpx

Bunuh penuntut universiti: Suspek pernah bermalam di rumah mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein pada sidang akhbar tersebut, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Seorang penganggur yang disyaki membunuh penuntut universiti swasta dipercayai pernah bermalam beberapa kali dengan kekasihnya di unit rumah yang sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu diketahui hasil siasatan terhadap suspek berusia 20an itu yang kini sedang direman polis.

Katanya, suspek dapat bermalam dalam rumah itu susulan diberikan kad akses dan kunci rumah oleh kekasihnya yang merupakan rakan serumah mangsa.

“Apa yang saya boleh kata kekasih suspek serah kad akses dan kunci untuk tinggal di bilik tersebut. Sebelum itu, suspek ada bermalam dengan girlfriend (teman wanitanya) di rumah itu,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan berapa lama suspek dan kekasihnya itu telah menjalankan hubungan cinta.

Kata Hussein, pada malam kejadian tersebut suspek tinggal di salah sebuah bilik dalam rumah mangsa.

“Itu dia terserempak dengan mangsa dan berlaku kejadian itu (pembunuhan),” jelasnya.

Mengulas lanjut, pihaknya masih melakukan siasatan termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Tiada CCTV (dalam rumah) tetapi di tempat lain kita ada CCTV bagi mengukuhkan kes ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI