fbpx
Terima kasih wajar diberikan kepada pemain warisan yang sudi menyarung jersi Harimau Malaya dan menyerahkan jiwa mereka kepada Malaysia.

Mulakan kerja, bukan cari alasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENGIMBAU kembali aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam, ia bagaikan satu mimpi untuk menyaksikan kualiti sebegitu rupa dijelmakan Harimau Malaya yang mengesahkan kemenangan bergaya 4-0.

Pernah juga terdetik dalam hati, ini bukannya Harimau Malaya yang kita semua kenal, namun selepas beberapa kali menggosok mata dan menampar pipi sendiri, baharulah penulis sedar masih berada di dunia realiti.

Hilang suara kerana kerap menjerit meraikan setiap jaringan nyata sesuatu yang berbaloi dan tiada ungkapan boleh dizahirkan bagi menggambarkan kepuasan kali ini memandangkan penantian 11 tahun untuk tewaskan Vietnam sudah pun berakhir.

Jelas sekali usaha yang diatur dengan membawa pulang pemain warisan gred A adalah langkah tepat kerana skuad negara berjaya menjelmakan kualiti berkelas tinggi, berbeza dengan apa kita pernah saksikan sebelum ini.

Ucapan terima kasih wajar diberikan kepada pemain warisan yang sudi menyarung jersi Harimau Malaya dan menyerahkan jiwa mereka kepada Malaysia.

Setidak-tidaknya, kehadiran pemain warisan sudah pun menamatkan ‘bulan madu’ pemain tempatan dan kini perlu menggandakan usaha bagi mencapai titik paling terbaik bagi mencabar tempat dalam dalam skuad kebangsaan pada masa akan datang.

“Untuk saya, kehadiran pemain warisan dan naturalisasi beri impak baik buat pasukan kebangsaan, bukan hanya dengan memastikan kemenangan tetapi kita boleh belajar lebih daripada itu. Ada yang harungi perjalanan hingga 30 jam tetapi adakah mereka terkesan?

“Adakah mereka ada beri alasan ‘jet lag’ atau pun perlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu? Sebaliknya mereka mampu menjelmakan prestasi baik apabila diberi peluang.

“Itulah mentaliti mereka dan sewajarnya pemain kita ambil peluang untuk belajar dan ubah diri memandangkan pemain warisan kita ada adalah dari negara yang pernah bergelar juara dunia,” kata Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr. Zulakbal Abd Karim.

Tetapi seperti yang semua sedia maklum, ia hanya pelan jangka masa pendek dan apa pula nasib Harimau Malaya sekiranya pemain warisan ini sudah ‘gantung but’ dan tidak lagi bersama pasukan?

Buat masa sekarang, kita boleh berbangga dengan apa kita ada tetapi segalanya akan berkisar kepada perjalanan panjang selepas ini yang pastinya tidak akan ada penghujungnya.

Perlu wujudnya had untuk bergembira dan pewaris masa depan perlu dibentuk bermula dari sekarang, namun semua ini sebenarnya bukan tanggungjawab mandatori Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebaliknya kerja semua pihak.

Persatuan bola sepak negeri (FA) sepatutnya menjadi pihak yang paling terasa dengan peningkatan kualiti Harimau Malaya dan kini bolehkan mengatur gerak kerja untuk berperanan sebagai ‘enjin’ bagi melahirkan lebih ramai pemain tempatan tulen berkualiti.

Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim berkata, tanggungjawab untuk melahirkan pemain berkualiti tidak boleh diletakkan kepada FAM saja sebaliknya badan induk itu juga perlu bantuan daripada FA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN