fbpx

Sindiket seleweng diesel ‘kreatif’ manipulasi fleet card

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan suspek sindiket fleet card yang berjaya ditahan bulan lalu. GAMBAR FAIL

SHAH ALAM – Sindiket penyelewengan diesel didapati semakin beralih menggunakan sistem fleet card dalam menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey mendedahkan, pihaknya sedang giat menjalankan risikan dan siasatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, pihaknya yakin akan ada sindiket fleet card yang akan berjaya ditumpaskan dalam masa terdekat.

“Sindiket ini seperti kita tahu memang kreatif dan mula menyalahgunakan rasionalisasi subsidi menggunakan fleet card.

“Contohnya, kita dapati mereka menggunakan fleet card bukan milik mereka. Kita ambil maklum mengenainya.

“Saya boleh berjanji dengan pihak tuan dan puan (media) akan dapat banyak lagi kes bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (termasuk sindiket fleet card ini),” katanya pada sidang akhbar selepas pelupusan eksibit perdana KPDN Selangor hari ini.

Menurut beliau, kerjasama turut dijalankan bersama syarikat-syarikat pengeluar minyak di negara ini dengan melaksanakan kawalan dalaman.

Ujarnya, ini bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan operasi membanteras sindiket tersebut.

“Kalau stesen itu terlibat dalam ada bukti mereka bersubahat, kita akan tarik lesen (pengusaha) stesen minyak itu. Bagi syarikat pengeluar pula akan menyenaraihitamkan pengusaha itu,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang enam bulan tahun ini sebanyak 96 kes berjaya diperoleh dengan melibatkan rampasan RM2.9 juta dan nilai kompaun sebanyak RM32, 000 bagi AKB 1961.

“Untuk diesel sahaja bagi tempoh sama melibatkan RM1.2 juta termasuk menumpaskan sindiket di daerah ini baru-baru ini,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan KPDN Selangor menangkap lima suspek lelaki berusia 30 hingga 45 tahun dan merampas 11 fleet card daripada sindiket memanipulasi sistem fleet card di Taman Sri Muda, Seksyen 25 kira-kira pukul 7 malam pada 28 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI