fbpx

Remaja tendang ibu kerana tidak diberi wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan remaja terbabit menendang ibunya secara berulang kali di hadapan rumah. - Instagram 

JAKARTA – Seorang remaja lelaki di Indonesia menerima kecaman ramai selepas memukul dan menendang ibunya hanya kerana tidak diberikan wang, lapor portal berita Okezone semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Bekasi, wilayah Jawa Barat. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman Instagram oleh akaun @infobekasi_official memaparkan remaja terbabit memukul kepala ibunya di hadapan rumah.

Mangsa bukan sahaja dipukul secara berulang kali, malah ditendang dengan kuat tanpa belas kasihan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 31,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan rata-rata mengecam tindakan biadab remaja berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI