fbpx

EPL: Arsenal, Chelsea mungkin ‘gigit jari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILLIAMS dilaporkan mahu meninggalkan Bilbao, namun kelab yang paling utama menjadi pilihannya adalah Barcelona. - AFP

BARCELONA – Juara La Liga musim lalu, Barcelona meningkatkan usaha untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Athletic Bilbao, Nico Williams biarpun berdepan tentangan hebat Arsenal, Chelsea dan Bayern Munich.

The Catalans berusaha untuk mendapatkan Williams sejak musim lalu selepas dia berjaya membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024, namun pemain itu memilih untuk terus kekal di Bilbao semusim lagi.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu Williams dilaporkan sudah bersedia untuk mencari angin baharu kariernya dengan berminat untuk menyertai kelab lebih besar menyebabkan beberapa pasukan gergasi mula memantau perkembangan itu.

Arsenal dan Chelsea turut dikaitkan dengan perpindahan Williams, namun Barcelona dan Bayern dilaporkan menjadi kelab yang paling dekat dengan peluang untuk mendapatkan khidmatnya musim panas kali ini.

Berdasarkan laporan di Sepanyol, Williams dilapor lebih cenderung untuk menyertai Barcelona dan kelab itu juga sedang menyiapkan dana sebanyak £50 juta (RM285.43 juta) untuk menggunakan klausa pelepasan bagi mendapatkan khidmatnya.

Pengarah Sukan Barcelona, Deco dan pasukannya ketika ini dilaporkan bakal mengadakan rundingan bersama ejen Williams untuk mendapat persetujuan mengenai terma peribadi sebelum urusan perpindahan itu disempurnakan.

William yang menerima pendapatan mingguan £171,000 (RM976,191) di Bilbao dilapor mahu tawaran yang lebih tinggi, namun Barcelona yakin mereka mampu memberikan nilai yang bakal dipersetujui pemain itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI