fbpx

Pereka dalaman rugi RM794,000 ditipu skim pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang pereka dalaman wanita kerugian RM794,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang dikenali sebagai ‘CSECDT’.

Mangsa yang berusia 47 tahun mula berhubung dengan seorang suspek wanita melalui WhatsApp selepas melihat iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan hingga 100 peratus dalam tempoh singkat di Facebook.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa telah diminta untuk memuat turun aplikasi pelaburan tersebut dan mendaftar keahlian sebelum memulakan pelaburan di antara 11 April hingga 3 Jun lalu.

‘Sepanjang tempoh itu, mangsa telah melakukan tujuh transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun bank berbeza milik beberapa syarikat.

”Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas cuba membuat pengeluaran keuntungan berjumlah RM2 juta, namun diminta membayar cukai pengeluaran sebanyak RM200,000 terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini, tadi.

Menurut Hamzah, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis pada 16 Jun lalu dan siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI