fbpx

KKR kenal pasti jalan raya perlu diperbaiki segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kiri) memukul gong di Rumah Terbuka Gawai Dayak @ Kementerian Kerja Raya (KKR) 2025 di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti jalan raya yang mengalami kerosakan kritikal dan perlu diperbaiki segera.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jalan raya terbabit akan diberi keutamaan untuk penyenggaraan dan naik taraf.

“Kita sudah ada maklumat jalan (di seluruh negara) dan tahu juga berapa keperluan daripada segi kewangan.

“Jalan raya yang rosak tidak berapa kritikal kita kemudiankan sikit dan buat mana kritikal dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Rumah Terbuka Pesta Gawai anjuran KKR di Kompleks Kerja Raya di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta lebih 3,000 tetamu termasuk komuniti Dayak.

Alexander menjelaskan, KKR secara keseluruhan memerlukan hampir RM4 bilion bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan dan naik taraf jalan raya di seluruh negara setiap tahun.

Bagaimanapun, kata beliau, peruntukan tersebut terlalu tinggi dan KKR perlu menggunakan peruntukan tahunan secara berperingkat untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, KKR akan memberi keutamaan kepada jalan raya yang mengalami kerosakan kritikal untuk dibaiki segera.

“Kalau hendak elokkan semua jalan memerlukan RM4 bilion. Kita tidak ada kewangan sebegitu, maka kita buat secara berperingkat. Kita ada data dan tahu jalan mana teruk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI