fbpx

Jalan terlalu gelap, rupanya ada yang menumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampakan lembaga berbaju putih seakan puntianak sedang membonceng sebuah motosikal. - Detik

JAKARTA – Penduduk di bandar Mataram, wilayah Nusa Tenggara Barat digemparkan dengan penampakan lembaga putih dipercayai puntianak membonceng motosikal yang ditunggang seorang lelaki, lapor portal berita Detik semalam. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan entiti berbaju putih itu sedang duduk di belakang penunggang terbabit pada waktu malam. 

Situasi menjadi lebih seram apabila jalan yang dilalui terlalu gelap dan sunyi. 

Namun, orang ramai menganggap video itu sengaja dilakukan sebagai sindiran kepada pihak berkuasa mengenai lampu jalan yang kerap tidak beroperasi dan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Ketua Badan Pengangkutan Kota Mataram, Zulkarwin berkata, lampu-lampu itu bermasalah akibat gangguan bekalan elektrik. 

“Kami telah meminta Syarikat Elektrik Negeri (PLN) untuk memperbaiki masalah itu secepat mungkin,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI