fbpx

Dua ladang ayam di Tampin jadi sarang lalat dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) ketika melakukan siasatan di ladang ayam dekat Tampin semalam. -Foto IHSAN JPVNS

TAMPIN – Dua ladang ayam di daerah ini dikenakan kompaun oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) kerana dipercayai telah menjadi punca kepada masalah lalat penduduk di kawasan Gemencheh.

Pengarahnya, Dr Nurul ‘Ain Ahmad berkata, pihaknya diketuai Ketua Bahagian Regulatori JPVNS, Dr Raghinhy dan Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Tampin telah ke lokasi aduan di Air Kuning semalam.

Menurutnya, dua buah ladang di kawasan berkenaan merupakan antara ladang yang menyebabkan kacau ganggu (lalat) kepada penduduk setempat.

“Ladang pertama yang diperiksa merupakan ladang ayam baka dengan jarak 2.1 kilometer (km) dari lokasi aduan (Taman Gemencheh Baru). Semasa pemeriksaan dilakukan, didapati ladang ini mempunyai tempat pembuangan karkas ayam yang tidak sesuai serta tidak diurus dengan baik.

“Keadaan itu telah menyebabkan kehadiran lalat yang banyak. Ladang kedua yang diperiksa merupakan ladang ayam pedaging dengan jarak 3.7 km dari lokasi aduan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, didapati makanan yang dalam proses pembungkusan mempunyai bau yang menarik kehadiran lalat dan tempat pengumpulan najis di bawah reban juga mempunyai bilangan lalat dewasa yang banyak.

“Pihak ladang mempunyai program untuk kawalan lalat akan tetapi berdasarkan pemantauan pihak jabatan, program yang dijalankan tidak berkesan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI