fbpx

[VIDEO] ‘Ini lagi seram daripada JPJ’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan 'melaporkan' perubahan motosikal bapanya kepada si ibu.

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang ‘melaporkan’ perubahan pada motosikal bapanya kepada ibunya mencuit hati netizen apabila rakaman tindakannya tular di media sosial.

Menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook oleh Shaha Ar, kanak-kanak tersebut kelihatan memerhati dengan teliti setiap bahagian motosikal yang dipercayai telah diubah suai oleh bapanya sebelum menyuarakan ‘aduan’ kepada ibunya.

“Mama, papa tukar (ubah suai) motosikal,” kata kanak-kanak tersebut dalam klip berkenaan.

Menerusi ruangan komen, orang ramai yang rata-ratanya terhibur dan menganggap si ayah mungkin pernah membuat janji yang tidak ditepati hingga menyebabkan ‘laporan penuh’ itu dibuat.

“Bang, kenapa kau bawa balik budak Puspakom ini,” komen Adluddin Biz.

“Ada hutang yang belum dilunaskan ke bang? Kenapa habis semua dia sebut ini?” kata Shah Ril.

“Habis dia petik semua. Itulah bang, lain kali bawa balik aiskrim juga, barulah dia pejam mata je kesalahan kau,” ujar Iejam Oalala.

Dalam pada itu, orang ramai turut turut kagum dengan pengetahuan kanak-kanak tersebut yang mampu mengenal pasti nama-nama komponen aksesori motosikal seperti seorang pakar.

“Mak Cik pun tidak tahu brembo itu apa dik, hebat la kamu boleh hafal dan tahu. Kemain tukang report bagitahu semua ye,” kata Wan Izyani.

“Ini nak mengadu ke nak batu api ini. Kelakar betul kau budak bertuah. Habislah bapaknya,” komen Lina Rashid. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI