fbpx

EPL: Antony hanya untuk dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY bersedia dilepaskan oleh United secara jualan tetap dan menolak semua tawaran berkaitan pinjaman. - AFP

MANCHESTER – Manchester United masih berhasrat melepaskan Antony pada jendela perpindahan musim panas ini, walaupun pemain sayap Brazil itu menunjukkan peningkatan prestasi apabila dipinjamkan ke Real Betis.

Pakar Perpindahan, Fabrizio Romano mendedahkan bahawa The Red Devils menolak tawaran Juventus yang ingin menggunakan pendekatan ‘pertukaran’ apabila menawarkan Douglas Luiz demi mendapatkan Antony.

Romano melihat perjanjian yang cuba dilakukan oleh Juventus sebagai langkah bijak, terutamanya selepas Antony menjaringkan sembilan gol dan lima bantuan gol dalam 26 perlawanan bersama Betis.

Bagaimanapun, United tidak berminat dan lebih terbuka kepada perpindahan secara kekal demi memberikan ruang kewangan apabila melepaskan gaji mingguan Antony yang dilaporkan mencecah £150,000 (RM863, 651).

Antony, 25, dibeli dari Ajax pada 2022 dengan kos £82 juta, (RM472 juta) dan United bersedia untuk melepaskannya pada harga yang lebih rendah kerana sedar kesukaran untuk mendapatkan semula pelaburan yang dikeluarkan.

Sebelum Juventus, Betis turut menyatakan minat, namun pendekatan kelab Sepanyol itu yang hanya ingin mengekalkan Antony secara pinjaman beserta pilihan pembelian £35 juta (RM201 juta) tidak memenuhi syarat United.

Dalam pada itu, Bayer Leverkusen yang berjaya meraih keuntungan besar selepas melakukan penjualan Florian Wirtz juga dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat Antony ketika pasukan itu dibimbing oleh Erik Ten Hag ketika ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI