PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa bapa bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah merupakan sumber kekuatan serta pembimbing dalam kehidupan anak-anak.
“Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang serta didikan yang tidak ternilai. Walaupun kadang kala tidak terucap dengan kata-kata, jasa dan cinta seorang bapa sentiasa tersemat di hati.
“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda.-KOSMO! ONLINE