fbpx

Menggigil lihat jasad bapa tertiarap dalam bendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Noraffizi (tengah) dan Nur Fateha (kiri) menunjukkan gambar kenangan bersama arwah.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SABAK BERNAM – “Menggigil tubuh ini melihat ayah tertiarap dalam air dan tetap memanggil namanya biarpun tahu dia sudah tidak bernyawa,”.

Demikian kata Fateha Hida Hamzah, 31, yang menemui jasad bapanya di sawah belakang rumah mereka di Parit 3 Barat Banat, Sungai Besar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, Allahyarham Hamzah Omar, 65, dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang menebas rumput di sawah berkenaan.

“Ayah sempat makan ubat dan memberitahu ibu mahu ke sawah menebas rumput. Saya sempat melihat arwah keluar dari rumah sambil membawa mesin penebas, kira-kira pukul 7.30 pagi,” katanya hari ini.

Menurutnya, dia kemudiannya mencari bapanya ke sawah ekoran bimbang selepas tidak pulang seperti kebiasaannya.

“Terkejut melihat dia tertiarap dalam air dengan mesin rumput masih di bahu sebelum mengangkat kepalanya dan membaringkan atas rumput lalu hubungi suami dan abang,” ujarnya.

Sementara itu, abangnya, Mohd. Noraffizi menafikan kematian arwah berpunca daripada strok haba seperti yang tular di media sosial.

“Hasil bedah siasat mendapati ayah meninggal dunia akibat serangan jantung. Justeru, kami memohon orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar dan membuat andaian tidak benar,” jelasnya.

Jenazah Allahyarham Hamzah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebuk Pulai pukul 5.45 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI