fbpx

Holgado bawa pulang ‘kenangan manis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLGADO (depan) memperlihatkan kemahiran teknikal ketika meledak satu gol menewaskan Vietnam pada Selasa lalu. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

LIMA jahitan di kepala dan terpaksa mengharungi perjalanan panjang hampir 30 jam menjadi kenangan yang akan kekal selamanya dalam karier bola sepak Rodrigo Holgado yang kini menjadi antara pemain kesayangan peminat Harimau Malaya.

Kehadirannya bersama beberapa lagi pemain warisan gred A berjaya menzahirkan kualiti berkelas tinggi Harimau Malaya termasuk menamatkan kemarau 11 tahun menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu.

Selepas memastikan debut sempurna dengan Harimau Malaya apabila menghasilkan satu gol, penyerang kelab Colombia, America de Cali itu akhirnya membuka mulut mengenai detik indahnya sepanjang bersama skuad kebangsaan.

“Malam yang diimpikan, sangat gembira untuk mewakili negara ini dan memenuhi impian saya dalam karier bola sepak. Terima kasih kepada semua orang yang terbabit dalam perjalanan ini.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana menyambut saya, barisan kejurulatihan dan semua orang di negara ini hingga menjadikan saya berasa gembira sejak minit pertama lagi,” katanya.

Peningkatan prestasi dijelmakan skuad kendalian Peter Cklamovski menyaksikan Harimau Malaya layak dilabel pasukan pilihan daripada Kumpulan F di mana ramai berpendapat aksi timbal balik di Hanoi pada 31 Mac tahun depan akan menjadi penentu ke Piala Asia 2027.

Walaupun baru dua perlawanan, kejayaan membelasah Vietnam 4-0 membuktikan revolusi sedang dilakukan berada di landasan tepat kerana Harimau Malaya dijangka meraih mata maksimum dalam dua aksi menentang Laos dan Nepal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI