fbpx

Lembu ‘serang’ motosikal sebelum kena sembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seekor lembu merempuh dan menjatuhkan beberapa buah motosikal sebelum disembelih.

PETALING JAYA – Suasana di sebuah kawasan penyembelihan kecoh seketika apabila seekor lembu bertindak agresif sehingga merempuh dan menjatuhkan beberapa buah motosikal yang berada berhampiran haiwan tersebut.

Dalam satu perkongsian video yang tular di Facebook, haiwan berkenaan kelihatan ‘naik angin’ dan enggan memberi kerjasama meskipun beberapa individu cuba menenangkannya.

Lebih menghiburkan, orang ramai yang berada di situ hanya mampu berdiri cuak dan terpaku, tanpa sempat menyelamatkan motosikal masing-masing yang menjadi mangsa amukan lembu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap kejadian itu sebagai pengajaran, malah ada yang sempat berseloroh.

“Dah tau nak buat korban sibuk letak motor dekat kawasan situ, siapa suruh cari sakit…nasiblah pada tuan badan, modal sendiri,” kata Mohd Rafie.

“Bukan dia dikorbankan. Dia korbankan motorsikal awak,” seloroh seorang pengguna.

“Pandai lembu tu..mesti dalam hati berbisik..alang-alang aku nak kena korban..apa kata, aku bagi manusia berkorban dengan aku dihari mulia ni,” ujar Miss Azura. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI