fbpx
Lembu jantan yang menanduk seorang lelaki di Kampung Neman, Bachok pada Jumaat lalu. 

Lembu jantan mengamuk punca perut lelaki ditanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang lelaki parah ditanduk seekor lembu jantan untuk ibadah korban semasa mahu membawa haiwan itu masuk ke dalam kandang yang terletak di kawasan rumahnya di Kampung Neman, Mukim Rusa, di sini pada Jumaat lalu.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku ketika anaknya yang berusia 30 tahun membawa masuk lembu berkenaan ke dalam kandang.

Menurutnya, lembu jantan itu secara mengamuk secara tiba-tiba dan menanduk bahagian perut anak sehingga me­ngalami kecederaan parah.

“Saya tidak menyangka lembu berusia setahun yang sebelum ini agak jinak boleh bertukar agresif sehingga mence­derakan anak saya.

“Kami sekeluarga terus membawanya ke Hospital ­Bachok untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu bagi rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu dan menganggap ia sebagai ketentuan Allah SWT.

Katanya, mengikut perancangan lembu tersebut akan diserahkan kepada pembeli untuk tujuan ibadah korban pada Jumaat ini.

“Anak menguruskan lembu untuk ibadah korban dan ia satu tugasan mulia. Jadi, saya berharap orang ramai tidak menyebarkan gambar kecede­raan yang dialaminya.

“Dia (anak) seorang yang rajin bekerja untuk menyara keluarga. Kami mohon doa semua agar dia cepat sembuh,” ujarnya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mangsa telah selamat menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN