fbpx
PENYANYI asal Brunei ini popular dengan lagu Cukup.

Rizal Rasid manfaat gajet untuk fotografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK di usia remaja, selebriti ini sudah meminati dunia fotografi sehingga pada kali pertama dia memiliki telefon bimbit berkamera, dia sudah memanfaatkan fungsi itu dengan merakam gambar sebagai hobinya.

Popular dengan lagu Cukup, penyanyi dan peserta Big Stage Alpha, Rizal Rasid berkata, minatnya itu banyak memberi dia kenangan dengan gajet tersebut dan mempelajari dengan lebih mendalam.

Menurutnya, kenangan dengan telefon kemera pertamanya itu masih dia ingat sehingga kini terutama apabila dia belajar cara bukan sahaja untuk mendapatkan gambar yang cantik tetapi juga menyunting gambar tersebut yang dipindahkan ke komputer meja.

“Saya memang minat fotografi dan setiap gambar yang diambil saya akan muat naik di ke Facebook dan itu menjadi hobi saya dahulu.

“Sehingga saya menyambung pengajian dalam bidang animasi multimedia, saya juga belajar cara kemahiran suntingan imej dan menggunakan ilmu itu untuk mencantikkan gambar-gambar lama saya dari telefon berkenaan,” katanya ketika ditemu bual K-Tekno usai konsert Big Stage Alpha di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

AUDIO looper merupakan gajet idaman Rizal Rasid.

Tambahnya, minat dalam fotografi itu masih diteruskan sehingga dia beralih ke telefon pintar pertama iaitu iPhone 3GS yang pada ketika itu memberi kualiti gambar lebih baik.

Tambahan pula, selepas dia membuka akaun media sosia, Instagram, platform itu juga menjadi tempat dia berkongsi dan menyimpan gambar-gambar bidikannya termasuk selepas beralih kepada iPhone 5 dan 11.

Selain merakam gambar menggunakan telefon, dia juga memiliki gajet kamera jenama Canon dan kini Fuj serta laptop Apple Macbook yang digunakan semasa zaman belajar.

Sebagai selebriti, penyanyi asal Brunei itu mengakui bahawa gajet memainkan peranan penting dalam kariernya sebagai penyanyi.

Hal ini terbukti selepas lagu pertamanya iaitu Cukup yang dihasilkan sendiri menjadi popular menerusi platform video, Youtube.

“Gajet banyak membantu mengembangkan karier saya sebagai penyanyi, dengan adanya sosial media, saya dapat mengembangkan lagi bakat saya ke Malaysia dan sehingga kini juga orang masih ingat dengan lagu Cukup.

“Tidak hanya itu, aplikasi muzik seperti GarageBand juga membantu saya dalam menghasilkan karya dan juga mengolah lagu seperti saya lakukan untuk pertandingan Big Stage Alpha,” ujarnya.

Kongsinya lagi, dalam penggunaan gajet juga dia banyak menggunakan telefon dan iPad untuk membantu dia bukan sahaja mendekatkan diri dengan peminat tetapi memudahkan kerjanya sebagai penyanyi.

Katanya lagi, sebagai anak seni, teknologi perlu dimanfaatkan sebaiknya terutama dalam menghasilkan karya-karya berkualiti yang lahir dari hati dan tidak hanya berharap kepada komposer atau pengarah muzik semata-mata.

Berkongsi tentang gajet idaman, Rizal Rasid memberitahu, dia ingin memiliki sebuah gajet nyanyian iaitu audio looper yang juga pernah digunakan oleh penyanyi seperti Erni Zakri semasa persembahannya dalam lagu Aura di Anugerah Juara Lagu sebelum ini.

Katanya, gajet itu boleh membantu untuk mencantikkan lagi nyanyian dan persembahannya di atas pentas dan dia berharap agar suatu hari nanti akan dapat memilikinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN