fbpx

Suri rumah, rakan didakwa lakukan rompak ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Seorang suri rumah dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak wanita warga emas yang juga ahli keluarganya di Felda Chini Timur 1, Pekan dua bulan lalu.

Tertuduh, Sri Farhana Nabila Mohd. Kamal, 27, dan Mohd. Fazlin Rahmat, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama merompak seutas rantai leher dan gelang tangan milik mangsa berusia 56 tahun dengan sebilah pisau.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Felda Chini Timur 1 pada pukul 11.50 malam, 20 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira hubungan kekeluargaan antara tertuduh wanita dan mangsa.

Mahkamah kemudian memutuskan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI