fbpx

Berjuta-juta ubur-ubur muncul di permukaan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berjuta-juta ubur-ubur muncul di permukaan laut di wilayah Jawa Barat. - M Rofiq

JAKARTA – Penduduk di Kota Probolinggo, wilayah Jawa Timur digemparkan kemunculan berjuta-juta ubur-ubur kecil di permukaan laut, lapor portal berita Satu semalam. 

Kejadian berlaku di Pelabuhan Tanjung Tembaga dan Pelabuhan Perikanan Pantai Mayangan, baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dika.proling menunjukkan kedua-dua perairan itu dipenuhi ubur-ubur berwarna putih. 

Seorang nelayan tempatan dikenali sebagai Rosi berkata, kemunculan haiwan marin itu  menjejaskan aktiviti mereka kerana ikan-ikan akan lari. 

“Ikan akan menjadi sukar untuk dipancing,” kata Rosi. 

Fenomena itu berlaku susulan beberapa faktor termasuk pemanasan laut terutamanya selepas dilanda ribut. 

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada kerana ubur-ubur itu boleh menyebabkan kerengsaan kulit jika disentuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI