fbpx
Ketika ini pasaran dunia untuk skuter dari China semakin berkembang. - GAMBAR HIASAN

‘Perang skuter’ untungkan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI yang mengikuti arena permotoran negara pasti akan sedar akan berlakunya ‘perang skuter’ yang berlaku di pasaran pada ketika ini.

Istilah tersebut merujuk kepada persaingan sengit antara jenama-jenama motosikal yang memperkenalkan model skuter baharu yang dikeluarkan mereka di pasaran.

Sejak awal tahun hingga saat ini banyak banyak model-model skuter telah dilancarkan di pasaran oleh syarikat-syarikat pengeluar.

Malah, ketika ini Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor beberapa model skuter turut dipamerkan dan dijangka masuk ke dalam pasaran sedikit masa lagi.

Fenomena perang skuter ini baik untuk pasaran dan akan menguntungkan pengguna.

Persaingan yang berlaku menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar akan menawarkan skuter yang dilengkapi dengan teknologi terkini, reka bentuk menarik dan ditawarkan pada harga yang kompetitif.

Jika dilihat kini ada skuter 250cc ditawarkan pada harga di bawah RM18,000 oleh beberapa syarikat pengeluar.

Malah, dalam waktu terdekat ini akan ada skuter 400cc akan dilancarkan pada harga bawah RM30,000.

Namun begitu, di sebalik kemeriahan perang skuter ini, di pasaran masih ada pengguna yang masih tidak yakin terutamanya dengan ketahanan skuter terutamanya yang datang dari China.

Mengulas akan hal tersebut, Pakar Automotif, Datuk Ir. Mohamad Dalib berkata, pengguna juga perlu mengambil kira ketahanan sesebuah skuter sebelum memilikinya.

Menurutnya, ada skuter yang dilancarkan itu mempunyai reka bentuk yang cantik di pandangan mata tetapi ia belum pasti memiliki ketahanan yang baik.

“Faktor teknikal dari segi ketahanan juga perlu diambil kira oleh pengguna dan bukan hanya membelinya disebabkan reka bentuk yang cantik semata-mata.

“Pengguna perlu mengambil tahu tentang kemudahan selepas jualan seperti kemudahan untuk mendapatkan komponen alat ganti dan sebagainya bagi memudahkan urusan untuk membaikinya jika skuter itu mengalami kerosakan di kemudian hari,” katanya.

Tambahnya, sebelum membeli sesebuah skuter pastikan hal-hal tersebut diambil kira terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, sebelum melancarkan motosikal ataupun skuter di pasaran mereka akan pastikan ianya akan diuji akan ketahannya.

Pihaknya komited dalam mengeluarkan motosikal yang berkualiti tinggi dan dipercayai rakyat Malaysia tanpa mengabaikan aspek prestasi pada harga yang mampu milik.

“Sebelum kami melancarkan skuter Aveta Vanguard 250 pada awal tahun ini, skuter ini turut menjalani ujian ketahanan sekurang-kurangnya sejauh 20,000 kilometer (km).

“Selain itu, sebelum kita membawa masuk sesuatu model di pasaran kita akan pastikan kualiti dan komponen alat ganti yang sering menjadi kerisauan diselesaikan terlebih dahulu,” terangnya.

Dalam pada itu, ketika ini juga pasaran dunia untuk motosikal dari China juga semakin berkembang dan menunjukkan peningkatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN