fbpx

Doakan misi Malaysia di Russia berjaya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima sambutan kehormat sejurus tiba di Moscow.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Moscow bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Russia.

Menurut hantaran terbaharu Perdana Menteri, beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo pada pukul 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).

“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba ke Moscow petang tadi bagi memulakan rangka lawatan rasmi ke Persekutuan Russia sehingga Jumaat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Russia, Mikhail Mishustin bagi memperkukuh kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik.

Beliau turut dijadualkan bertemu beberapa pemimpin industri utama Russia bagi menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke Malaysia.

“Doakan misi saya bersama delegasi Malaysia berjaya menggalas amanah besar memangkin pertumbuhan ekonomi, memperluas jaringan strategik serta membawa limpahan kemakmuran untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan berada di Moscow sehingga Jumaat sebelum meneruskan perjalanan ke Kazan bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia-Islamic World dan KazanForum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI