fbpx

Dua beranak maut: Pemandu treler direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU treler yang menyebabkan kematian dua beranak direman empat hari bermula hari ini.- Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

PONTIAN – Pemandu treler yang melanggar tiga kenderaan dalam kejadian di Kilometer 34.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak, Kulai malam kelmarin sehingga menyebabkan kematian ke atas dua beranak direman selama empat hari.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dibenarkan Majistret Arina Azmin Ahmad Marzuki bermula hari ini sehingga 13 Mei.

Tahanan reman itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, suspek ditahan selepas hadir membuat laporan polis di Balai Polis Kulai.

Jelasnya, selepas pemeriksaan urin dijalankan terhadap lelaki itu mendapati positif dadah.

Terdahulu, Seng Lee memberitahu kemalangan pada pukul 10.15 malam itu berpunca apabila treler membawa kontena muatan timah dipandu suspek hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan.

“Treler tersebut pada mulanya melanggar belakang belakang Toyota Hilux di arah sama sebelum terbabas memasuki laluang bertentangan lalu merempuh Toyota Estima dan sebuah Mazda 5,”katanya.

Nahas itu menyebabkan dua beranak yang menaiki Toyota Estima, Gee Yin Chin, 42, dan anak perempuannya, Neo Jo Ee, 15.

Kemalangan itu turut menyebabkan suami Yin Chin serta dua anak lelakinya pula cedera dikejarkan ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim sebelum dirujuk di sebuah hospital swasta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI