fbpx
PENDUDUK menangkap salah seorang lelaki yang mencuri lembu penduduk di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Kemahang 1, Tanah Merah kelmarin. – IHSAN PENDUDUK

‘Bengkak mata’ tangkap pencuri lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Usaha penduduk Kampung Kemahang 1 di sini, yang berjaga malam sejak seminggu lalu berhasil apabila mereka berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri lembu di kawasan kelapa sawit di kampung itu.

Tiga lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an dicekup di beberapa lokasi ber­asingan di kampung itu semalam dan kelmarin selepas dipercayai menjadi dalang utama mencuri sebanyak 13 ekor lembu penduduk yang bernilai lebih RM30,000 sejak dua bulan lalu.

Seorang penternak, Ismail Zakaria, 73, berkata dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 selepas lapan ekor lembu jantan telah dikebas pencuri terbabit.

Menurutnya, dia bersepakat untuk berjaga malam bagi mengesan pencuri terbabit selepas mendapati satu per satu lembunya hilang tanpa jejak.

“Saya berjaga malam semalam (kelmarin) bersama enam orang penduduk dan kami menjalankan rondaan untuk mengesan pencuri.

“Kami terserempak dengan sekumpulan lelaki menaiki tiga buah motosikal roda tiga kira-kira pukul 4 pagi. Motosikal masing-masing membawa muatan lembu yang dicuri di ladang kelapa sawit milik penduduk,” katanya semalam.

Ismail berkata, pihaknya berjaya menangkap tiga lelaki itu termasuk seorang lagi pada pagi semalam.

Katanya, ketiga-tiga suspek sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan penangkapan ketiga-tiga suspek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN