fbpx

Saya bangga Bonda jadi kakak ipar saya – Rebecca Nur Al-Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rebecca mendedahkan tindakan memuat naik gambar usahawan Rozita Ibrahim dalam media sosial dibuat kerana berbangga wanita itu kini menjadi kakak iparnya.

PETALING JAYA – Tiada niat menumpang populariti, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam mendedahkan tindakan memuat naik gambar usahawan Rozita Ibrahim dalam media sosial dibuat kerana berbangga wanita itu kini menjadi kakak iparnya.

Ujar Rebecca, 39, perkongsian tersebut dibuat selepas melihat Rozita sendiri memuat naik gambar bersama suaminya ketika berada di Mekah.

“Hampir empat bulan mereka nikah, barulah saya sebagai adik kongsi foto mereka, bukan gambar Bonda tapi gambar keluarga.

“Tapi gambar itu pun dikongsi selepas saya nampak Bonda Rozita muat naik gambar dia dan suami di Mekah.

“Niat saya kongsi gambar hanyalah mahu menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga,” katanya menerusi satu temu bual.

Semakin keruh, pelakon Jangan Pandang Belakang Lagi itu tidak menyangka perkongsian tersebut mendapat reaksi negatif sedangkan tiada sebarang niat buruk di sebaliknya.

“Saya terkejut sebab ada pihak tidak suka. Saya tidak kongsi gambar merepek, saya hanya kongsi gambar keluarga.

“Tujuan saya baik. Saya bangga Bonda jadi kakak ipar saya. Dia seorang berjaya dan idola wanita di luar sana,” ujarnya.

Rebecca turut menyedari permintaan Rozita yang tidak mahu perkahwinannya dibesarkan di media sosial, malah sudah ditegur oleh abang sendiri agar isu tersebut tidak berpanjangan.

“Sejujurnya Abang Long sudah cakap dengan Bonda untuk dia bawa keluarga mereka. Abang Long bawa kami, tapi pihak sana tak nak.

“Kami ada group bertiga, Bonda ada cakap tidak mahu perkara ini jadi besar,” katanya.

Terdahulu, Rebecca mencetuskan perhatian selepas memuat naik video menjawab tuduhan kononnya menumpang populariti perkahwinan abangnya, namun video itu telah dipadam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI