PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara negeri terlibat adalah Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut).
“Turut diramal terkesan adalah Selangor (Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin).
“Melaka pula melibatkan keseluruhan kawasan, manakala Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sama turut dikeluarkan di Sarawak termasuk di daerah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro) dan Limbang.
“Di Sabah, kawasan yang terjejas termasuk di pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE