fbpx

Cadang kemudahan bencana di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan ketika meninjau mangsa banjir di PPS Dewan Seri Pagi, Paya Jaras, hari ini.

SUNGAI BULOH – Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan mecadangkan agar agensi berkaitan menempatkan simpanan barangan kemudahan bencana, di sini supaya urusan bantuan dapat dilaksanakan dengan segera.

Datuk Seri R. Ramanan berkata, ia berikutan lokasi simpanan bagi daerah berkenaan adalah di Shah Alam yang menyebabkan kemudahan untuk mangsa bencana lambat sampai.

“Jika kita lihat kawasan terjejas iaitu Paya Jaras dan Kampung Kubu Gajah ini di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebab itu khemah untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Dewan Seri Pagi Paya Jaras ini lambat sampai.

“Kita risau kalau contohnya banjir berlaku pada waktu malam, barangan untuk mangsa akan lambat sampai kerana mungkin sesak atau banyak jalan ditutup, jadi kita mahu urusan kecemasan ini dapat dilakukan segera,” katanya ketika ditemui semasa meninjau mangsa banjir di Dewan Seri Pagi Paya Jaras, di sini hari ini.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, selain hujan lebat, banjir di kawasan itu dipercayai berpunca akibat limpahan dari Sungai Gombak menyebabkan air sungai di kawasan terbabit naik dengan cepat.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada agensi terlibat agar Projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan itu dapat dipercepatkan.

Katanya, dianggarkan lebih 200 keluarga terjejas akibat banjir awal pagi tadi melibatkan penduduk di Kampung Kubu Gajah, Kampung Paya Jaras Hilir dan Kampung Merbau Sempak.

“Pasukan saya akan pastikan kebajikan mereka dijaga, anggota sukarelawan akan diletakkan di kawasan banjir bagi membantu kerja-kerja pembersihan terutama melibatkan rumah orang kurang upaya dan warga emas,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan beberapa kawasan Sungai Buloh, di sini dilanda banjir yang menjejaskan sebanyak 86 buah rumah ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI