fbpx
Gambar hiasan

Lima negeri dilanda hujan lebat hingga 7 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak, cuaca buruk turut melibatkan Kuching (Bau dan Lundu), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu.
Manakala di Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN