fbpx

Polis cuma rakam wanita diserang 20 orang suruhan along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 20 lelaki menyerang mangsa di hadapan balai polis. - Instagram

JAKARTA –  Pasukan polis di Balai Polis Bukit Raya, wilayah Riau mengundang kecaman orang ramai kerana tidak membantu seorang wanita yang diserang berpuluh-puluh pengutip  hutang, sebaliknya hanya merakam video mangsa, lapor laman berita Pos Kota semalam.

Kejadian berlaku pada Sabtu lalu sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) di hadapan Balai Polis Bukit Raya, Kota Pekanbaru.

Berdasarkan video yang dirakam, mangsa dikenali sebagai  Ramadhan Putri dan berusia 31 tahun. Dia diserang kira-kira 20 lelaki daripada dua kumpulan pemungut hutang.

Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan duduk di dalam kereta yang dikunci ketika kumpulan lelaki tersebut merosakkan kenderaannya dari luar.

Apa yang membangkitkan kemarahan orang ramai adalah seramai empat anggota polis yang menyaksikan kejadian itu hanya merakam video dan tidak menolong mangsa yang menjerit ketakutan.

Ketua Sektor Polis Bukit Raya, Komisioner Syafnil berkata, jumlah anggotanya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bilangan pelaku yang ramai.

“Anggota yang ada semuanya sudah tua dan menghidap pelbagai penyakit. Ada yang menghidap diabetes, hipertensi dan patah bahu. 

“Justeru, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membantu,” katanya seperti laporan laman berita Kompas.

Tambah Syafnil, empat suspek kemudian ditangkap ketika mereka cuba melarikan diri.

Susulan insiden tersebut, Syafnil dilucutkan daripada jawatannya hari ini, lapor laman berita Tribunnews.

“Tindakan ini merupakan langkah tegas yang diambil sebagai bentuk penilaian menyeluruh terhadap kepemimpinan, pengawasan dan respons dalam menangani situasi di sesebuah kawasan,” kata Ketua Polis Wilayah Riau, Inspektur Jeneral Herry Heryawan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI