fbpx

Guru ditampar, rantai disamun dalam taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan taska yang disamun dalam kejadian itu di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Suasana sebuah taska di Tali Air 11, Pasir Panjang di sini, gempar apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang sebelum bermula sesi pembelajaran semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi itu berlaku ketika dua guru wanita dan seorang pembantu dapur yang kesemuanya berusia 40-an sedang menunggu kehadiran murid di taska tersebut.

Kesemua suspek tempatan itu melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit selain turut menampar seorang daripada guru berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang tenaga pengajar yang memaklumkan disamun tiga lelaki menaiki kereta Perodua Bezza.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat dua guru, seorang pembantu dapur dan 10 kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun di premis itu.

“Namun, tiada kanak-kanak yang cedera dan hanya melibatkan kerugian dialami dua guru taska berkenaan. Polis masih sedang mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan senjata,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd. Khairani di talian 018-2510452 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI