fbpx

[VIDEO] ‘Kalau diri tu pengotor, jangan jual makanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan kesal apabila pulut sambal dibeli di sebuah premis dikatakan tidak dicuci bahagian daun pisang yang digunakan untuk membungkus makanan tersebut.

Menerusi hantaran dimuat naik oleh sity_187, wanita itu berkongsi video keadaan daun pisang yang kotor seolah-olah diambil terus daripada pokok tanpa dibersihkan.

“Tolong lah kalau diri tu pemalas dan pengotor, tolong jangan buat makanan untuk dijual. Masa balut pulut sambal ni, takkan tak nampak daun tu. Takkan ambil daripada pokok tak lap dulu bersih-bersih.

“Masalahnya aku dah makan sebiji, geli tekak daun pisang kotor. Sebiji lagi aku buka ada makhluk tak tahu yang hitam tu, pengotor sungguhlah,” katanya pada kapsyen.

Wanita itu tidak memaklumkan tempat premis tersebut, namun berdasarkan lokasi pada kapsyen video, ia dipercayai di Kangar, Perlis.

Menerusi ruangan komen, orang ramai mahu mengambil pendekatan berhati-hati selepas ini apabila membeli makanan yang berbalut daun pisang.

“Kalau macam ni, nampak sangat tak bersihkan. Ambil kat pokok terus balut rasanya,” kata Aliya.

“Daun pisang tak cuci satu hal, siap tak layurkan pula,” komen simanisbellah.

“Takut dah nak makan lepas ni,” ujar Naylaaa. – KOSMO! ONLINE.

Watch on TikTok

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI