fbpx
MASALAH liputan internet yang tidak stabil menjadi antara isu utama yang dihadapi kebanyakan penduduk yang tinggal di luar bandar termasuk Hulu Besut. – GAMBAR HIASAN

Orang lain bincang AI, kami masih cari liputan internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

KEMUDAHAN telekomunikasi dan internet sudah dianggap keperluan asas seperti bekalan air bersih dan tenaga elektrik yang sepatutnya dinikmati segenap masyarakat di negara semakmur Malaysia.

Malangnya, masalah liputan telekomunikasi dan internet masih menjadi ‘duri dalam daging’ buat penduduk yang mendiami mukim Hulu Besut di Terengganu sejak sekian lama.

Setiap hari, kami masih ke hulu ke hilir mencari kawasan berliputan baik ketika orang lain sudah rancak memperkatakan tentang kecerdasan buatan (AI) pada tahun 2025 ini.

Liputan telekomunikasi dan internet yang tidak stabil bukan sahaja menganggu kehidupan seharian penduduk, malah turut memberi masalah sekiranya berlaku situasi kecemasan.

Ia juga memberi kesukaran kepada penduduk termasuk peniaga yang menjalankan urusan jual beli secara dalam talian di pelbagai platform media sosial.

Apa yang berlaku, ia menyukarkan kami untuk memanfaatkan media sosial untuk melakukan urusan perniagaan secara langsung bagi mempromosi produk jualan.

Harap masalah liputan telekomunikasi dan internet ini menjadi perhatian pihak berkenaan. Jangan jadikan kami penduduk Hulu Dungun ketinggalan pada era digital ini.

Peniaga Online
Hulu Besut, Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN