fbpx

Pesara kerajaan maut Perodua Viva dirempuh Ford Ranger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa, Ab Rashid yang maut dalam kemalangan di Jalan Titi Tinggi, Padang Besar hari ini.

PADANG BESAR – Seorang pesara pembantu makmal Kementerian Kesihatan (KKM) maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Titi Tinggi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa, Ab Rashid Hashim, 73, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang datang dari arah Kangar menuju Padang Besar dengan tiga kereta dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati Ford Ranger dipandu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun telah memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar hadapan Perodua Viva dipandu Ab. Rashid. Pemandu Ford Ranger tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat.

“Ia diikuti perlanggaran dua lagi kereta iaitu jenis Perodua Axia dan Perodua Myvi. Kejadian mengakibatkan pemandu Perodua Viva maut di lokasi kejadian, manakala pemandu dua lagi kereta mengalami kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, hasil semakan mendapati pemandu Ford Ranger mempunyai satu rekod saman trafik iaitu memotong di garisan berkembar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI