fbpx

KPT dukacita pemergian penuntut UUM akibat kemalangan dalam kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Manarin

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan rasa dukacita atas pemergian penuntut wanita Universiti Utara Malaysia (UUM) akibat kemalangan di dalam kampus universiti itu di Sintok, dekat sini semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, yang meninggal dunia selepas terlibat kemalangan membabitkan dua bas di Jalan Persiaran Perdana di UUM pagi semalam.

“KPT menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan mendoakan agar keluarga diberikan ketabahan menghadapi dugaan ini. Semoga roh Almarhumah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

Katanya, kementerian dimaklumkan bahawa siasatan lanjut berkaitan insiden tersebut sedang dijalankan dan laporan penuh akan dimaklumkan.

“Pihak UUM juga telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu keluarga Almarhumah (Manarina),” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan seorang penuntut UUM maut selepas dilanggar sebuah bas dalam kejadian di hadapan perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM di Sintok kira-kira pukul 8.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Manarina mengalami kecederaan parah pada badan sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini pada pukul 6.30 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI