fbpx

MB Perlis nafi terima gelaran Datuk Seri, serah kepada SKMM siasat poster palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang tular di media sosial baru-baru ini.

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menafikan dakwaan kononnya beliau menerima gelaran Datuk Seri sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis yang tular dalam satu poster semalam.

Menurut Mohd. Shukri, setakat 18 April 2025, beliau tidak menerima sebarang kurniaan gelaran atau pangkat seperti yang didakwa dalam sebaran berkenaan.

“Sebaran poster ini dilihat sebagai satu tindakan bersifat khianat dan fitnah serta cuba mewujudkan suasana tidak harmoni antara kerajaan negeri dan pihak istana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, wakil beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuka kertas siasatan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Katanya, laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan meneliti tindakan yang boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman kepada penyebar kandungan jelik dan palsu.

“Tindakan sebegini adalah sangat tidak beretika dan tidak bertanggungjawab untuk dilakukan,” katanya.

Mohd. Shukri turut menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan fitnah dan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI