fbpx

‘Jagalah Aslam baik-baik, semoga bahagia ke syurga Firdausi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malas isu berpanjangan, Abby mendoakan anaknya Marissa terus bahagia dengan kehidupannya.

PETALING JAYA – Semakin berpanjangan, pelakon Abby Abadi menafikan tuduhan kononnya dia mereka-reka cerita tentang anak perempuan, Marissa Dania dan menantunya, Aslam.

Abby atau nama asalnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, juga sanggup mendedahkan insiden beberapa tahun lalu sebagai bukti mengenai kenyataannya berhubung satu kejadian yang tidak mahu diperincikan tetapi tiada sebarang rakaman dibuat ketika itu.

“Mama buat cerita? Oh tidak. Sedapnya menulis panjang berjela.

“Yang melempang itu abahnya, maknya juga yang disebut. Tuduh pula kata buat cerita ya.

“Nasib tiada video atau gambar waktu kejadian. Kalau ada, memang jadi kurang sabar untuk sebarkan,” katanya dalam perkongsian di laman sosial.

Pelakon drama Gerak Khas itu mengakui tidak lagi mampu menahan sabar dengan tindakan anak perempuannya.

Begitupun, Abby mendoakan yang terbaik buat Marissa dan suaminya.

“Minta maaf, sudah lama sangat simpan. Banyak sangat hal, tak terpendam dah.

“Banyak kali bagi muka. Kali ini tak bagi ruang, dah cukuplah.

“Jagalah Aslam itu baik-baik ya Marissa. Semoga bahagia hingga ke syurga Firdausi,” ujarnya.

Petang tadi, Marissa Dania Hakim, 20, berharap ibunya dapat berhenti mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengundang fitnah terhadap dirinya dan suami.

Dia juga berharap segala kemelut yang dihadapi dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan media sosial.

Sebelum ini, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Aslam juga melakukan permohonan secara terbuka kepada Abby selain menegaskan keputusan berpoligami adalah untuk menjaga nama baik keluarga serta maruah Marissa.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI