fbpx

Bunga ganja diikrar sebagai buku, pakaian gagal diseludup ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Taufik menunjukkan bunga ganja yang dirampas di Pusat Mel, KLIA pada 2  April lalu.

PETALING JAYA – Helah satu sindiket dadah mengikrar bunga ganja sebagai buku, pakaian dan alat permainan gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila berjaya dikesan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini.

Rampasan bunga ganja seberat 36.09 kilogram (kg) bernilai lebih RM3.56 juta itu dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 2 April lalu ketika barangan tersebut mahu dieksport ke Eropah.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya yang melakukan imbasan ke atas bungkusan tersebut menunjukkan imej menyerupai bahan organik di Pusat Mel dan Kurier KLIA.

Pemeriksaan lanjut menemukan bunga ganja seberat 36.091kg  bernilai RM3,567,595.

“Ganja diklasifikasi sebagai dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Bahagian I. Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Taufik berkata, nilai pasaran bunga ganja sekitar RM98,000 berbanding daun ganja kering RM3,000 sekilogram.

Siasatan mendapati dadah itu dibawa dari Pulau Pinang, Lembah Klang dan Pahang sebelum dihantar menggunakan jalan udara di KLIA.

Beliau percaya bunga ganja itu diperoleh dari luar negara sebelum dieksport semula ke Eropah.

“Modus operandi sindiket adalah dengan membuat ikrar tidak benar dalam borang ‘bil airway’ manyatakan barangan tersebut adalah buku, pakaian dan alat permainan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI