fbpx

Saya naik darah tanah Pahang diceroboh – Al-Sultan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baginda berkenan berangkat bertemu penduduk di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

JERANTUT – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kepada rakyat negeri ini supaya menjadi ‘mata dan telinga’ kepada baginda berhubung isu pencerobohan tanah.

Al-Sultan Abdullah bertitah, apabila kerap mendengar pencerobohan itu, baginda mula ‘naik darah’ dan memohon rakyat supaya bersama-sama bertanggungjawab menjaga negeri ini agar kes pencerobohan tanah tidak berulang.

“Oleh itu jadilah ‘mata dan telinga’ kepada Sultan Pahang untuk mengelak berlaku lagi pencerobohan tanah di negeri ini.

“Sampai masa kita bertegas tidak mahu berlaku lagi pencerobohan kawasan tanah dan hutan negeri ini dan (ia) perlu diselesaikan dengan cara yang baik.

“Saya pun sudah naik darah apabila mengetahui ada orang menceroboh tanah negeri Pahang,” titah baginda sempena keberangkatan bertemu rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini.

Turut berangkat bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung itu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda berdua berkenan memberi kurnia kepada kanak-kanak dan menyantuni 800 penduduk Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Bantal Seberang dan Kampung Bukit Mat Daling.

Keberangkatan baginda berdua ke Kampung Bantal selama tiga hari untuk bertemu rakyat kampung tradisional di kawasan berkenaan sempena sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Selepas santapan jamuan raya, baginda turut menaiki bot penambang menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampun Sungai Kuching seterusnya mengikuti aktiviti yang dijadualkan bersama rakyat di Ulu Tembeling selama tiga hari.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI