fbpx

Kerajaan akan perhebatkan inisiatif untuk komuniti India – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu dimuat naik di laman Facebook Anwar Ibrahim hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Madani akan terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini melalui pelbagai program.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia termasuk melalui pembiayaan perniagaan komuniti India selain menambah baik semua aspek penting seperti pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

“Ini penting dalam merealisasikan hasrat memartabat masyarakat India di negara ini, sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India pada masa hadapan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini semasa mengucapkan Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada seluruh masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya.

Kata Anwar, beliau berharap semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat seluruh masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee

“Kita raikan kepelbagaian ini dengan rasa bangga, kerana inilah warna-warni Malaysia yang menjadikan negara kita unik dan kuat. Teruskan semangat perpaduan, itulah kekuatan sebenar kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI