fbpx
JANGAN disebabkan ada rekod lampau, kita menidakkan keadilan buat seseorang.

Apa pengakhirannya kisah Abang Belon?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKHIR bulan lalu, video memaparkan pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kejadian pada pukul 11.50 malam, 28 Mac lalu itu bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi daripada orang awam, malah golongan menteri.

DBKL memaklumkan peniaga belon itu sudah diberi teguran kali ketiga untuk beredar.

Ekoran itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, dua daripada tiga kertas siasatan yang dibuka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mendatangkan
cede­ra.

Selain itu, kertas siasatan melibatkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah masih menunggu maklum balas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, berkaitan sebuah laman web yang dikaitkan de­ngan kes ini.

Selepas Mohd. Shuhaily mengadakan sidang akhbar, media turut melaporkan, lelaki yang digelar sebagai ‘Abang Belon’ mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Suspek sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah bagi enam daripada kes tersebut.

Rentetan daripada insiden ini, apa yang jelas ialah Abang Belon telah melakukan kesalahan menjaja tanpa lesen, namun apakah tindakan penguat kuasa DBKL mengasari lelaki itu adalah tindakan yang rasional dan ‘halal’?

Menurut pandangan pengamal undang-undang, Nor Zabetha Muhammad Nor, dalam setiap kejadian pasti ada versi dua cerita termasuklah yang dipraktikkan dalam kamar mahkamah.

“Nak tahu versi mana yang betul, perlu ada siasatan. Perlu ada keterangan, saksi, dokumen, bukti-bukti.

“Saya tetap dengan pendirian bahawa jika pun ada kuasa dan jawatan, mana-mana pihak berkuasa tidak boleh mendatangkan kecederaan jika tiada alasan munasabah,” jelasnya.

Jelas beliau, dalam kes jenayah ada beberapa kategori kesalahan melibatkan kece­deraan, sama ada biasa, parah, menggunakan senjata atau mencederakan kerana provokasi.

Walaupun suspek dalam tahanan melakukan jenayah, tidak memberikan hak kepada anggota untuk membelasahnya. Itu undang-undangnya.

“Mahkamah berulang kali nasihat kepada semua, jangan pakai undang-undang rimba. Entah macam manalah negara kita, kalau semua kita ikut kanun sendiri.

Belasah, pukul, cederakan, kurung. Di mahkamah, hendak penjarakan orang pun panjang prosedur­nya,” katanya.

Berkenaan rekod jenayah lampau suspek, seorang lagi peguam, Hasif Hasan berkata, ramai yang bertanya adakah rekod jenayah lampau mempe­ngaruhi kes yang sedang dibi­carakan di mahkamah.

Jelasnya, rekod kesalahan lampau tertuduh tidak sedikit pun akan mempengaruhi majistret ketika kes sedang berlangsung.

“Rekod akan mempe­ngaruhi hukuman jika tertuduh me­ngaku bersalah atas kesalahan atau tertuduh disabitkan de­ngan kesalahan oleh mahkamah selepas selesai perbicaraan.

“Dalam mahkamah rekod jenayah lampau diambil kira sebagai faktor pertimbangan atau meringankan hukuman,” katanya.

Seorang lagi peguam, Yusfarizal Yussoff berkata, kes dan sabitan lampau tidak boleh dijadikan alasan untuk meni­dakkan hak Abang Belon atau memberi lesen untuk diperlakukan sewenangnya.

“Maka, hentikanlah panda­ngan persepsi yang menghina Abang Belon.

“Kita juga yang membuat polisi bahawa banduan sekalipun mesti diberi peluang kedua dalam masyarakat (dalam sektor pekerjaan),” katanya.

Janganlah dek kerana mahu menang isu, kita sudah semakin hilang empati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN