fbpx

Gagal seludup kokain dari Brazil di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis kokain yang ditemui dalam beg komputer riba dipercayai di bawa dari Brazil

SEPANG- Taktik licik seorang lelaki warga Indonesia menyeludup dadah bernilai lebih RM1.1 juta dalam beg komputer riba terbongkar apabila dicekup polis sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 27 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintendan Albany Hamzah berkata, suspek berusia 38 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sekitar pukul 10.15 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas bagasi suspek kemudian menemui lima unit beg laptop dengan setiap satunya mengandungi dua bungkusan plastik hitam berisi serbuk putih disyaki kokain dengan anggaran berat 5,726 gram.

“Siasatan mendapati, dadah itu dipercayai dibawa dari Brazil dan disyaki untuk dipasarkan ke luar negara, dengan nilai rampasan mencecah RM1.145 juta. Lebih mengejutkan, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencingnya juga negatif dadah.

“Modus operandi sindiket ini adalah menyembunyikan dadah dalam beg laptop baharu bagi mengaburi pihak keselamatan. Suspek direman sehingga 8 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI