fbpx

Polis kesan wanita Myvi tunjuk jari tengah kepada remaja lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbuatan suspek ketika menunjukkan jari tengah ke atas seorang remaja lelaki.

PADAWAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sedang mengesan seorang wanita yang menunjukkan jari tengah kepada seorang remaja lelaki di Jalan Batu Kawa di sini.

Ketua Polis Daerah, Padawan Superintendan Mohd. Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang memandu kereta Myvi berwarna putih.

Beliau menambah, pihaknya juga telah menerima laporan daripada remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit semalam.

“Pemandu wanita yang dimaksudkan oleh pengadu telah dikenal pasti. Kejadian dikatakan berlaku disebabkan mangsa telah membunyikan hon kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, katanya kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI