fbpx
KENDERAAN yang ditenggelami banjir berisiko mengalami masalah pada bahagian enjin. - GAMBAR HIASAN

Beli murah, jual dengan harga tak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pembeli diingatkan supaya berhati-hati ketika ingin membeli kereta di pusat jualan kenderaan terpakai kerana dikhuatiri terbeli kereta yang pernah ditenggelami banjir.

Pengasas SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin berkata, ramai pengguna yang menjadi mangsa penipuan penjual kereta kerana tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan selok-belok untuk mengesan keadaan ken­deraan terpakai.

“Biasanya, bakal pembeli te­ruja dan ghairah mahu mendapatkan kereta baharu tanpa mengetahui sama ada kende­raan terbabit pernah mengalami kemalangan atau ditenggelami banjir.

“Kesempatan inilah digunakan penjual kereta dengan menaburkan ‘gula-gula’ kepada pelanggan termasuk mereka menunjukkan jarak perbatuan rendah, kereta bebas tenggelam banjir dan tak pernah kemalangan.

“Mereka mula menawarkan harga kadang-kadang tidak ma­suk akal. Mereka beli murah, baik­i dan jual balik dengan harga kadang-kadang tidak masuk akal,” katanya.

Ahmad Aliff mendedahkan, modus operandi yang digunakan penjual kereta terpakai ialah membeli kereta yang mempu­nyai masalah akibat banjir pada harga murah daripada pemilik kereta yang menjadi mangsa bencana alam tersebut.

Katanya, jika terdapat masalah, mereka akan ‘touch up’ sampai nampak seperti baharu dan tidak ada masalah sebelum ‘dilepaskan’ kepada pemilik baharu.

Katanya, mereka juga menggunakan taktik menukar nombor pendaftaran kenderaan kepada nombor baharu sebagai umpan untuk memancing pelanggan.

“Jadi saya ingin berkongsi tip kepada pengguna dan bakal pembeli kereta terpakai agar tidak menjadi mangsa penipuan penjual kereta terpakai.

“Pertama sekali, kita sebagai pengguna, jangan percaya cakap pemilik kereta atau jurujual 100 peratus sebab mereka akan menggunakan ayat seperti ‘tak pernah kemalangan’, ‘bukan kereta banjir’ mahupun ‘keadaan kereta perfect’,” katanya.

Katanya, pengguna boleh dapatkan laporan atau data berkaitan termasuk tahap kerosakan akibat sesuatu kemala­ngan yang berlaku dan juga kereta banjir.

Salah satu katanya, menggunakan aplikasi SCRUT untuk menyemak sejarah dan maklumat kereta yang hendak dibeli atau membawa kereta yang hendak dibeli ke bengkel yang dipercayai untuk pemeriksaan fizikal.

Ahmad Aliff berkata, aplikasi SCRUT akan menyediakan laporan jika kenderaan tersebut ada menuntut kerugian daripada pihak insurans.

Jika kenderaan tersebut tidak membeli insurans untuk bencana alam termasuk banjir, hanya pemeriksaan fizikal dapat dilakukan.

Katanya, antara tip yang boleh dilakukan pengguna sebelum membeli kenderaan terpakai ialah mengesan bau busuk pada komponen enjin kereta serta dalaman kereta.

Selain itu, kesan jelas boleh diperhatikan ialah karat melampau pada ‘body’ kereta dan besi tempat duduk, kesan air banjir pada tali pinggang keselamatan, kesan air atau pasir pada kabin kenderaan serta kesan lumpur di bawah karpet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN