fbpx
AIMAN mengambil masa selama hampir enam bulan untuk membuat persiapan bercuti ke Osaka dan Tokyo, Jepun.

Seronok bercuti ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APABILA merancang untuk bercuti, siapa sahaja pasti teruja. Selama hampir enam bulan membuat persiapan dan kini saya kongsikan pengalaman ke Osaka dan Tokyo, Jepun. Ini semua hasil daripada pengalaman saya sendiri berada di negara matahari terbit itu.

Sebelum ini saya pernah bercuti dengan agensi pelancongan, secara do it yourself (DIY) dengan kumpulan bersama keluarga, solo dan berdua.Tetapi, trip kali ini berbeza kerana buat pertama kali saya pergi bertiga iaitu bersama dua orang kawan.

Jika kali pertama datang ke Jepun pada tahun 2016, saya hanya fokus kepada Tokyo, kali ini kami membuat keputusan untuk menjelajah Osaka dan Tokyo serta singgah sehari di Gunung Fuji. 

Tempoh percutian adalah selama sembilan hari iaitu pada pertengahan Oktober 2024. Untuk pecahan, tiga hari dua malam di Osaka, dua hari satu malam di Gunung Fuji dan empat hari tiga malam di Tokyo.

Seperti biasa, masih kekal dengan AirAsia untuk penerbangan internasional bagi meminimumkan perbelanjaan dan kos penerbangan. 

AIMAN melancong ke Jepun selama sembilan hari bersama dua orang rakan pada pertengahan Oktober lalu.

Bagi menjimatkan kos pengangkutan, kami menggunakan kereta api di Osaka. Saya membuat keputusan untuk membeli satu pas iaitu Kansai Mini Pass (KMP) yang boleh digunakan setiap laluan JR Line di Osaka. Saya menggunakannya untuk ke Kyoto-Nara-Airport-Osaka. Beli di Klook dengan harga RM82 untuk tiga hari. 

Sampai di Kansai Airport, saya terus tebus JR KMP sebab hendak menggunakannya untuk pergerakan ke bandar Osaka. Jadi, semua JR Line saya boleh menggunakannya secara percuma tanpa had selama tiga hari dengan menggunakan pas tersebut.

Di Osaka kalau tidak singgah dua tempat ini macam tidak lengkap iaitu Osaka Castle dan Glico Sign.

Hari kedua, fokus ke Kyoto pula untuk tiga destinasi utama. Sebab sudah membeli JR pas, jadi boleh naik secara percuma terus ke Kyoto. 

Perjalanan mengambil masa selama sejam untuk sampai di Kyoto Station. Destinasi pertama adalah di Fushimi Inari Taisha.

Sudah selesai di sini, terus ke Arashiyama Bamboo Forest pula. Satu lagi tempat tumpuan pelancong dan kali ini lebih fokus kepada hutan buluh.

SECARA peribadi, Aiman lebih meminati melancong ke Jepun berbanding Korea Selatan.

Trip ke Gunung Fuji pula ada satu tujuan sahaja iaitu untuk bergambar. Tempat pertama adalah di Fujisan Yumeno Ohashi Bridge. Seterusnya ke Tokyo pula. Hari pertama di Tokyo lebih kepada membeli barangan sendiri. 

Bermula di Uniqlo terbesar di Jepun dengan ketinggian 12 tingkat. 

Kemudian ke Akihabara untuk mencari barangan yang diperlukan. Sebagai peminat manga, saya sebenarnya fokus untuk mencari Demon Slayer, Digivice dan Gameboy.

Sampai di Tokyo tidak sah rasanya kalau tidak menjejakkan kaki di Shibuya Crossing dan bergambar di tengah-tengah jalan. 

Di sini juga ada tugu Hachiko. Tetapi disebabkan pergi awal pagi, maka tidak terlalu ramai orang berbanding waktu petang dan malam.

Rasanya kalau sesiapa teruja hendak pergi melancong ke luar negara, tetapi tidak tahu hendak pergi ke mana, saya cadangkan terbang ke Tokyo. Sebuah negara yang selamat dan lengkap dengan pengangkutan awam.

Jika ditanyakan perbandingan antara Jepun dan Korea Selatan, saya secara peribadi lebih menyukai Jepun cuma kos untuk bercuti di sini lebih mahal, tetapi berbaloi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN