fbpx
SEIRING jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira kekal di takhta hati pencintanya. Pada usia 51 tahun, sepotong namanya tetap menjulang, kelibatnya masih dambaan, rahsia kumbang di kelopak jiwanya terus diintai mahu dirungkai.

‘Inilah cinta saya, tidak mudah mencari pasangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

USIANYA sudah menjangkau angka 51 tahun, kerjaya seni pula sudah mencecah tahun ke-33, namun kilauan yang ada pada sebutir bintang bernama Erra Fazira tidak pernah pudar.

Nilai dan popularitinya masih tinggi, justeru apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya masih membikin orang ramai ‘sibuk’ mahu ambil tahu. Lama menyepi dengan kisah cinta, pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek tiba-tiba membikin derau hati banyak orang apabila lelaki bernama Ezwan Zain atau Mr. E dikatakan bermukim di jiwa, tambahan pula sudah 11 tahun bintang Soal Hati itu hidup solo.

Satu Malaysia mahu tahu siapakah gerangan lelaki bertuah itu? Bahkan timbul spekulasi kononnya sesuatu istimewa akan berlaku pada 7 Februari lalu iaitu dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya.

Seperti yang diperkatakan bekas ratu cantik itu juga, sehingga kini tiada sebarang majlis istimewa berlangsung.

Berulang kali ditebak soalan serupa, tak rimaskah dia asyik hal peribadinya menjadi tatapan umum.

Tertawa kecil, bintang filem Sembilu mengakui tidak sekali pun dia menyesal memilih bidang seni sebagai kerjaya. Menjadi tumpuan sudah terlalu biasa buat dirinya.

MASIH tiada sebarang acara penyatuan jiwa sepanjang Februari, Erra bertegas hubungannya dengan lelaki dikenali sebagai Ezwan Zain atau Mr. E dalam ruang persahabatan.

“Masakan pula terdetik di hati saya untuk berasa menyesal memilih bidang yang dicintai dan menjadi punca pendapatan rezeki keluarga. Semestinya dalam apa bidang sekali pun ada pakej cabaran. Cabaran bidang kerja saya ialah privasi hidup sedikit hilang.

“Setelah melatih diri bertahun-tahun menerima kenyataan ini, pada usia sekarang saya reda dan terima baik buruknya. Rimas atau letih dengan perhatian itu, wajib saya kendali dengan baik demi kehidupan yang lebih tenang.

“Saya jalani hidup seperti biasa, naik turun graf kehidupan atau percintaan saya sama sahaja dengan insan lain. Apa yang baik kita kongsi, yang buruk dijadikan pengajaran,” tutur Erra memulakan bicara.

BERTAHUN-tahun menjadi perhatian terutama soal peribadi, Erra sedaya-upaya mengendalikan perihal tersebut seperti menarik benang dalam tepung agar kehidupannya menjadi tenang.

Teman hidup

Menghalakan perbualan tentang keakraban yang semakin terserlah bersama ahli perniagaan bernama Ezwan, Erra mengaku mereka dalam fasa tidak lebih daripada berkawan. Meskipun sudah lama berkenalan, Erra mengakui hubungan mereka kembali bertaut sejak tiga tahun lalu dan mula rapat selepas lelaki kerap menghantar mesej menerusi Instagram.

Keterbukaan Erra bersama pemilik restoran terlihat menerusi ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran yang dimuat naik menerusi Instagram sehingga menyakinkan peminat bahawa kali ini ada keseriusan di sebalik perhubungan mereka.

Tidak kurang ada yang berharap Erra dan Ezwan diberikan pengakhiran indah dengan ikatan perkahwinan.

Sebagai manusia biasa, Erra juga mengimpikan hidup berpasangan seperti wanita lain. Namun, pengalaman mendewasakannya dan dia sedar bukan mudah untuk mencari lelaki yang tepat.

“Saya semakin sedar, tidak mudah mencari pasangan seperti yang kita dambakan. Semua datang dengan pakej baik dan buruk. Saya sendiri sedang belajar untuk menerima kekurangan diri sendiri dan kalau boleh saya harap dengan pasangan, kami akan saling menerima kelebihan dan kelemahan masing-masinjh.

“Paling penting kami mempunyai matlamat yang sama untuk menjadi insan lebih baik dari semasa ke semasa di dunia mahupun akhirat kelak,” ujar Erra yang pernah dua kali mengalami kegagalan berumah tangga.

Sungguh, sempena ulang tahun ke-51 yang jatuh pada tanggal 9 Februari lalu, tiada apa yang dipinta Erra selain keberkatan dalam hidup.

“Sempena peningkatan usia, saya hanya harapkan doa untuk kejayaan, kebaikan, kebahagiaan dan kedamaian buat saya, bonda dan anak saya di dunia dan akhirat.

“Tiada apa yang lebih penting, kerana mereka adalah nadi utama dalam hidup Fazira Wan Chek,” tuturnya.

ANTIK dan glamor hanyalah pinjaman Tuhan. Erra sedar perkara itu tidak kekal dan tiada istilah susah atau senang untuk menjadi seorang Erra Fazira seperti yang dilihat hari ini.

Kerjaya

Berbanding rakan seangkatan, Erra sedikit bertuah kerana pada usianya kini dia masih aktif dan memiliki kerjaya seni yang stabil. Bahkan jenama Erra Fazira tetap kukuh dan mahal.

Disebabkan itu, Erra amat bersyukur dengan perjalanan karier seninya. Tidak mudah, tidak juga lancar tetapi perjalanan sepanjang tempoh 33 tahun itu membentuknya menjadi Erra Fazira hari ini.

“Ini semua rezeki Allah! Saya lalui jalan saya seadanya, sama seperti rakan seni lain. Cuma, dalam soal kerjaya mungkin saya masih diberi peluang dan ruang untuk berkarya dengan platform yang sesuai dengan usia.

“Dari sudut peribadi pula, mungkin setelah berpuluh tahun dan melihat saya masih aktif dalam dunia seni, maka ada sedikit tumpuan buat segelintir peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan saya luar dan dalam kerja. Apa pun saya bersyukur atas nikmat ini,” ujar Erra.

Ditebak sukar atau tidak menjadi Erra Fazira yang sentiasa perlu cantik dan glamor, seraya ketawa pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-18 menerusi filem Hingga Hujung

Nyawa itu menjelaskan ciri dua ciri yang yang dilihat khalayak tersebut hanyalah ‘baju’ luaran.

“Susah hendak jawab soalan ini (ketawa). Saya bersyukur kerana diberi sedikit kefahaman tentang ‘pinjaman’ Allah. Cantik, popular, glamor itu semua sekadar luaran dan pastinya tiada yang kekal.

Tidak ada istilah susah atau senang menjadi Erra Fazira.

“Ini kerana, perjalanan setiap manusia berbeza dan pakej kekurangan serta kelebihan juga tidak sama. Setiap yang susah pasti ada senang dan yang senang pasti ada susah.

“Terima hakikat itu maka tida sebarang rungutan dalam kehidupan,” jelasnya ibu kepada seorang anak tunggal, Engku Aleesya, 16, itu tenang.

Selain lakonan dan nyanyian, bakat pengacaraan kini semakin terserlah menerusi program Borak SeeNi yang dikendalikannya bersama beberapa hos lain. Program tersebut berjaya menampilkan sisi berbezanya dalam lapangan seni.

GENAP usia 51 tahun ini, soal hati Erra Fazira masih berstatus teka-teki biarpun sudah ada bau-bau bahagia sedang menyelinap di taman jiwanya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN