fbpx
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berjaya membongkar modus operandi jenayah rasuah besar negara dalam Ops Sky baru-baru ini.

Wang haram bersepah di kaki lima!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KITA merakam tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas kejayaan membongkar modus operandi jenayah rasuah besar negara dalam Ops Sky baru-baru ini.

Jenayah tersebut agak mengejutkan kerana melibatkan kakitangan bank, syarikat perunding kewangan dan orang awam yang bersekongkol bagi meraih wang mudah (haram) di atas urus niaga pinjaman bernilai lebih RM700 juta.

Dilaporkan 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit dan satu orang awam baru-baru ini bagi membantu siasatan mengenai kes berkenaan dan lebih ramai sedang dikesan.

Ternyata salah saku melibatkan jenayah rasuah, pengubahan wang, penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Sebelum ini kita menyangka dengan kaedah dan prosedur kerja di institusi perbankan yang cukup ketat mampu mengekang daripada penyelewengan, namun ternyata masih banyak ruang dan kelemahan yang wujud di sana sini.

Kita berharap kelemahan tersebut segera diperbaiki, jangan dibiarkan sehingga menjadi barah. Segala lubuk rasuah seperti di pintu-pintu masuk negara seperti dalam kes ‘counter setting’, pintu masuk barangan serta rasuah di jalan raya melibatkan kenderaan berat dan sebagainya perlu diperangi.

Peraturan dan cara kerja lapuk perlu ditambah baik dengan lebih berkesan dan yang penting jati diri anggota dan pegawai yang memegang kuasa serta amanah perlu sentiasa dipertingkatkan.

Rakyat biasa di luar sana sentiasa memerhati akan tingkah laku mereka. Meskipun kegiatan rasuah dilakukan secara tersembunyi termasuk ‘pemindahan’ wang haram melalui transaksi digital yang sukar dikesan, namun impak busuk dan hanyir rasuah sukar untuk ditutup.

Pusinglah keliling di sekitar bandar-bandar kita ini. Lihat betapa masih banyak pihak yang masih bermaharajalela berniaga tanpa mengikut peraturan sehingga menutup kemudahan kaki-kaki lima bangunan dan menguasai kawasan letak kenderaan sejak bertahun-tahun lamanya.

Lebih teruk, selain meja dan kerusi makan, ruang pejalan di kaki lima ini yang lengkap dengan dapur masakan pun tidak ada siapa yang mengambil tindakan. Apakah penguat kuasa ‘dibutakan mata’ atau ada wang haram yang bersepah di situ! dan saban waktu mungkin ada yang mengutipnya tanpa malu dan rasa bersalah.

Di satu sisi lagi, sebilangan peniaga kecil yang gagal menabur wang haram bersedialah untuk diambil tindakan. Sila tutup gerai kerana anda melanggar peraturan atau barangan anda kami sita.

Salam Jumaat 15 Syaaban, semoga hidup dan mati kita diberkati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN