fbpx
DUTA baju raya sudah berlambak di pasaran, namun hakikatnya keindahan Ramadan dan puasa juga harus dipromosikan sebagaimana meriahkannya promosi hari raya.

Duta ‘baju puasa’ bila nak saksi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MASIH pelik dengan kes dadah pelawak Along Cham yang kini berpusing 180 darjah menjadi kes penipuan wang sumbangan dan pengkhianatan garis merah rumah tangga?

Bertenang semua, itu masalah mereka, kita sekadar orang luar hanya boleh ikuti perkembangan, namun janganlah sampai menuding atau meramalkan konsekuensi yang tidak-tidak.

Bak kata nakal netizen, mari makan bertih jagung dan tengok siapa lagi bakal tumpahkan teh memanaskan situasi.

Jadi. berbanding pening kepala memikirkan masalah orang, apa kata kita mencongak warna, baju raya jenama dan tema apa tahun ini? Promosi baju raya pun semakin kencang.

Soalannya, pentingkah baju raya? Gila tak? Kalau tak penting dari segi kepuasan gaya dan kemeriah raya, haruslah baju raya penting untuk ekonomi semasa? Jika tidak, masakan segala jenama muncul dengan idea gempak dan duta hebat-hebat untuk rancakkan jualan biarpun masih ada sebulan sebelum Ramadan menjelang tiba.

Jadi, sibuklah mata semua memerhatikan duta baju raya mana idaman hati, tertawan mata terus nak pakai jenama serupa.

Itulah tradisi di Malaysia setiap tahun. Namun, dalam ribut perangan baju raya, terfikirkah kita bahawa Ramadan yang pasti datang dulu, tetapi kepedulian terhadap momen mulia itu belum muncul, selain ada artis dilantik jadi wajah promosi bufet berbuka.

Apa kata, sepatutnya awal-awal lagi ada selebriti atau pempengaruh segera diangkat mempromosikan keindahan Ramadan, bukan sekadar duta juadah iftar dan berbuka, tapi juga ibadah, kebajikan, dan suasana Ramadan yang sebenar.

Jika lantikan duta Ramadan, siapa agaknya yang sesuai? Atau konsep bagaimana yang perlu ditonjolkan untuk semangat Ramadan 2025 yang begitu ‘keras’ tahun ini.

Lazimnya jika bercakap tentang duta kerohanian, boleh sahaja kita memilih para ilmuan seperti ustaz ustazah popular semacam Ustaz Don Daniyal, Ustaz Wadi Annuar dan Ustazah Asma’ Harun.

Mereka boleh menyampaikan mesej Ramadan dengan ilmu dan dakwah yang menarik.

Selebriti berpengaruh pula tentunya boleh dihitung dalam kalangan artis berhijrah seperti Nora Danish, Neelofa tidak terkecuali. Mereka bukan saja terkenal, tetapi juga menonjolkan gaya hidup yang dekat dengan nilai kerohanian.

Selain selebriti yang sinonim kerohanian dengan semangat Ramadan, atlet muslim yang berpuasa sambil bersukan juga boleh memberi inspirasi. Nama Khairul Aming, harus masuk senarai.

Cuma seperkara, sebelum mencari siapa duta ‘baju’ Ramadan atau ikon terbaik untuk dijadikan inspirasi, sebenarnya tanpa lantikan rasmi pun, kita sendiri mampu melantik diri sendiri menjadi ‘duta baju puasa’ kita sebaik-baiknya. Kita semua boleh menjadi mewakili semangat Ramadan untuk pasangan, anak-anak dan keluarga sendiri.

Apa guna sakan bergaya berbaju raya berharga bulan bintang jika Ramadan kita nanti tidak cukup zat dan kurang nikmat. Jika duta baju sudah mari, duta Ramadan pula bila nak saksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN