fbpx
Banglo yang terancam akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus semalam.

Bimbang banglo lambang cinta arwah isteri roboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang pesara hidup dalam kebimbangan apabila bang­lo bernilai RM600,000 yang dibina sebagai tanda cinta terhadap arwah isteri berisiko menyembah bumi akibat haki­san pantai kritikal di Kampung Tanjung, Batu Rakit.

Mohd. Yazid Idris, 66, berkata, hakisan semakin buruk sejak kebelakangan ini sehingga menampakkan bahagian konkrit dan bawah lantai banglo yang dibina tujuh tahun lalu.

Buat masa ini, warga emas itu bersama anak, Nur Shahera, 32, dan menantu, Nor Qusairi Noor Rashid, 32, menambak sendiri kawasan banglo dengan menggunakan guni pasir.

“Saya tidak pasti ia mampu menyelamatkan banglo kami, tetapi kos keseluruhan yang sudah dihabiskan setakat ini sebanyak RM8,000,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung, Batu Rakit semalam.

Cerita Mohd Yazid, banglo itu dibina menggunakan sebahagian wang persaraan bagi meme­nuhi impian arwah isterinya, Siti Rashiddah Mohd. Yunus untuk menghabiskan usia emas mereka di tepi pantai.

“Kami berasal dari Puchong, Selangor dan berpindah ke Batu Rakit pada 2018 kerana terpesona dengan keindahan pantai Terengganu. Saya dan isteri sempat menikmati momen diimpikan bersama sebelum dia me­ninggal dunia setahun kemudian,” katanya.

Mohd. Yazid berharap dia dapat mempertahankan banglo itu daripada musnah diancam hakisan pantai.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan seorang pengguna TikTok, @Syamimafif berkongsi keadaan banglo milik ibu bapanya tersebut yang berisiko roboh akibat hakisan teruk pantai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN